Ahad, 5 Jun 2016

RESTORAN: PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Pernah tak anda terfikir untuk memiliki restoran sendiri?
Tahukah anda, perniagaan restoran adalah perniagaan yang menguntungkan?
Tahukah anda ramai artis yang membuka restoran sendiri sebagai jangka masa pelaburan panjang?
Tahukah anda pendapatan restoran yang boleh memuatkan hanya 40 orang pada satu-satu masa, boleh mencecah RM 10, 000 sebulan?

Secara purata, kebanyakan orang makan sebanyak 3 kali dalam sehari. Statistik pula menunjukkan semakin kurang orang yang memasak di rumah.

Pelangga bukan sahaja datang ke restoran untuk makan, malahan untuk bersosial dan meraikan sesuatu majlis.
Orang pejabat keluar rehat cari RESTORAN.
Hari Sabtu, Ahad cuti satu keluarga makan di RESTORAN.
Orang melancong ke negeri anda, makan di RESTORAN.
Mahasiswa mahasiswi berasa lapar, pergi cari makan dekat RESTORAN.
Rasa dahaga, beli air dekat RESTORAN.
Nak rasa makanan yang unik, pergi RESTORAN.
Cikgu balik sekolah pukul 2.30 ptg takkan nak masak kut. Dah lah letih, buntu idea fikir nak masak apa, beli dekat RESTORAN.
Nak order makanan untuk majlis syarikat, cari RESTORAN.
Nak tengok game bola, cari RESTORAN. 

Pendek kata, RESTORAN sudah menjadi satu pusat sosial yang amat efektif.

Perniagaan restoran adalah perniagaan yang sempurna, bukan? SALAH! Perniagaan restoran adalah perniagaan yang amat berisiko tetapi akan kurang risiko, jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Semakin kurang pengalaman anda, semakin banyak pengharapan anda terhadap pekerja anda. Sebab it, kurang kemahiran dalam industri restoran adalah kunci utama semakin banyak restoran yang LINGKUP!

Restoran ada pelbagai jenis. Ada yang besar. Ada yang kecil. Ada yang sendiri. Ada yang franchise. Ada yang Western. Ada yang Arabic. Ada yang masakan kampung. Tidak kira saiz dan jenis restoran, ada Standard Operating Procedure (SOP)  yang perlu anda ikuti untuk mejadikan restoran anda berjaya.

Semoga anda berjaya dalam perniagaan yang menguntungkan ini. INGAT!
"kalau usaha seciput, jangan harap pulangan melaut".